kehidupan .

Assalamualaikum .

hari ni rasa nak luahkan segala-galanya apa yang terpendam dalam hati .sekarang zuff dah takde sesiapa untuk di kongsi cerita .sebab seorang demi seorang tinggalkan zuff .haishh ,sedih betul .

zuff tak tau la ,mybe hidup zuff dah tertulis untuk ditimpa dugaan yang bertubi-tubi tanpa henti la kot .zuff dah tak larat nak fikir masalah yang zuff alami sekarang ni .zuff dah rasa nak give up sangat .zuff jadi tension ,serabut ,masai and sebagainya .sejak arwah papa dah takde ,hidup zuff jadi semakin susah .

lepas tu, adik-adik zuff pulak kena "ambil" .perghh ! memang sedih arr .than ,actually kos operation zuff aritu pun tak habis bayar lagi .syarikat papa kata nak tanggung ,sekali kena bayar jugak balance dia .so tkpe la ,pastu kos perubatan zuff plak ade lagi .memang trpaksa ubat-ubat ada yang tak beli .beberapa hari lepas tu ,zuff dapat tau yang syarikat papa tu dah nak muflis masa mama zuff tengah bersembang dengan nenek .zuff terpaksa cari kerja ,cari duit lebih skit sebab tak nak susahkan mama walapun keadaan zuff yang tak berapa nak boleh jalan sangat ni .haha

hari exam makin hari semakin hampir .semakin stress jawabnya .masa waktu malam beberapa hari yang lepas ,zuff excident .jatuh motor .kaki memang luka teruk la ,tp alhamdulillah takde la sampai patah-patah .hehe .lepas excident pergi klinik ,pastu balik dengan niat tak nak bgitau mama sebb tak nak dia susah hati .tp tp lain pulak jadinya ,bila balik rumah mama dapat tau yang zuff jatuh motor .pastu mama marah la ,than zuff TERtinggi suara ,zuff cakap yang zuff okey .than mama sambung marah pastu ttbe pengsan .ah sudah ,panik ar .terpaksa call ambulans bawak pergi hospital .dah la mama memang tengah sakit ,pastu bertambah-tambah sakit dia zuff buat. *rasa bersalah menyelubungi diri*  hmm ,mama masuk hospital sebab zuff :(

tak lama lepas tu zuff break la kot .actually zuff tak sengaja and taknak pun break .tp keadaan memaksa .i'm stress ! haha .dah la cakap bagi tempoh sebulan untuk datang jumpa dia ,kalau tak anggap je cakap tkde jodoh .perghh ,memang makan dalam ayat dia .siapa je taknak datang jumpa awek sendiri yang zuff dah sayang macam nak mati .tapi ,dalam keadaan zuff yang sekarang ni memang tak cukup sebulan tu. zuff nak cari duit kat mana nak turun m'sia ? mama siapa nak jaga ? dah la sekarang tgh exam .banyak lagi benda zuff nak fikir .jadi zuff terpaksa lepaskan dia dengan hati yang sangat terseksa .
 
zuff dah tau zuff dah janji dengan dia untuk ada dengan dia .tapi zuff terpaksa ,bukan sengaja .setiap saat zuff ingat dia ,rindu dia . boleh jadi gila beb .haha .sekarang zuff tengah exam ,memang tak mampu nak perform sangat dalam keadaan macam ni .silap-silap hari bulan exam GCE tu pun tak sempat amek .sebab tak bayar yuran .haha .nak belajar pun takde mood .nak kerja je lepas ni .

dah la ,ni je la kot nak share .tkde mood ar .haha .alahai ,bukan ade orang peduli kan aku pun ,so kesah apa kan ? hahaha .k lah bye .wish me luck untuk tempuh hari-hari yang mendatang :)


Apabila Hati Berbicara

Disebalik kalbu
Yang semakin layu
Terbenam rasa rindu
Terkunci suara hati 
Tiada siapa tahu 

Dimanakah kasih
Tak seperti dulu
Kau kata sayangkan ku
Benarkah itu ?

Walau kehadiranmu hanyalah sementara
Bukan salahmu sayang kira kau jatuh cinta
Akan ku pergi jauh
Takkan kembali
Salam maaf permisi
Ku undur diri

Kini ku bersara
Dengan langkah baru
Menyisih luka ini
kekasih....sekeras aku
Terhiris kerana kamu

Ku tinggalkan cinta
Kisah yang berlalu
Kisah kenangan kita
Hanya kau tahu

Walau kehadiranmu bagaikan menghiasi
Bukan caraku sayang harap engkau mengerti
Permegianku ini tak ku relai
Salam maaf permisi 
Ku undur diri .


dah baca kan ? enjoy la ya ? zuff just nak share benda ni je kali ni .kbye .Assalamualaikum :)

Mana Oh Mana Perginya Cinta .

Sakit hati ? of course .Tawar hati ? mybe .Kecewa ? yes .Terkilan ? malas nak cakap.
ni semua soal hati .ada orang cakap ,orang yang kita sayang mampu membuat kita sentiasa tersenyum dan orang yang kita sayang jugak boleh buat kita menangis .I'm agree with this statement .sebab zuff pernah rasa semua ni .ceyh ! cakap macam dah pro je dalam soal hati ni. haha. btw ,tajuk tak boleh blah kan ? kbye xD

zuff bukan doktor cinta yang tau segala tentang cinta ni .zuff cakap berdasarkan pengalaman .pernah rasa ? peritkan ? hahaha .best tak bercinta ? mesti la bestkan ? dapat borak sama-sama .kongsi cerita sama-sama .susah senang sama-sama .alahai ,kira semua buat memang sama-sama la. ok sweet doe ! jealous -.-
tapi tu mesti jadi masa awal-awal couple ? bila dah lama rasa apa ? kalau still rasa yg sama macam masa mula-mula couple dulu ,zuff tabik spring sama lu beb ! hahaha .

semua benda takkan jadi kalau sorang je yang rasa .bak kata pepatah ,tepuk dada tanya selera . eh ? salah salah .bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi .am i right guys ? selama mana pun kita sabar ,tapi kalau dah lama sangat ,boleh nangis jugak beb ! haha .tapi zuff masih berharap pada dia tapi tak terlalu mengharap sangat dengan dalam keadaan yang sekarang ni .zuff tak give up ,zuff akan terus berusaha untuk dapatkan dia yang dulu .zuff still bertahan sampai sekarang sebab zuff sayang dia sangat-sangat :)

nak bercinta kena la ambik risiko rasa sakit hati ,jealous ,rasa ntah apa-apa  lagi la .haha .kalau tak cukup kuat and tak sanggup rasa tu semua pleaseee ,jangan berani nak couple .menyeksa diri je bhai .dengarlah nasihat zuff ni wahai teman-teman ku sekalian .hahaha .jangan terlalu ikutkan sangat hati tu .orang kata ,ikut kata hati mati .so ,kenang-kenang kan lah .selamat beramal .haha .peace yaw ! Assalamualaikum :)

Rintihan .

Blog oh blog ~

Hanya blog je yang mampu dengan rintihan hati zuff .nak cerita kat orang ,ada ke orang yang nak dengar ? *krikk krikk krikk* haha. its okay la ,kat sini pun dah cukup :) seriously ,tahun ni memang terlampau banyak dugaan yang datang tanpa putus-putus .semuanya memang tersangat menguji kesabaran zuff .

Tahun ni for the first time in my life, zuff raya tanpa seorang yang digelar papa ,serta tanpa adik-adik zuff .kira semua tanpa orang yang zuff sayang sangat-sangat .yang ada hanya mama ,and along je .zuff bersyukur sangat-sangat diorang still berada disisi zuff :') thanks Allah .tapi sedih jugak la sebab orang lain semua raya dengan orang yang tersayang .

Walaupun diorang tkde depan mata zuff ,tapi zuff sentiasa ingat diorang .zuff takkan pernah lupa diorang. zuff akan sentiasa doa untuk diorang .Insyaallah. tapi tahun ni memang takde semangat nak raya .now ,zuff focus pada study je .soal cinta ,laman sosial semua di ketepikan .haha .zuff dah malas nak fikir pasal hal remeh temeh .buang masa .now my target is my future. doakan zuff berjaya dalam apa jua yang zuff lakukan .Insyaallah .Amin .

Assalamualaikum :)


Dugaan Allah .

Assalamualaikum ..

Setelah sekian lama tak update blog ,kini Zuffry Halim kembali lagi dengan serba sedikit cerita dari kisah hidup zuff sendiri. hahaha .takde la cerita menarik sangat pun ,biasa-biasa je .cuma nak luahkan apa yang zuff rasa je .nak luahkan kat orang tak sampai hati nak cakap .jadi ,kat sini la tempat luahan hati zuff :)


Kalau nak cerita pasal dugaan ,memang banyak ,semua orang mesti tau apa tu dugaan ,cabaran hidup kan ? kita perlu kuat untuk hadapai setiap dugaan yang diberi oleh Allah .korang mesti pernah dengar kata-kata ni "Allah takkan bagi dugaan dekat kita kalau kita tak mampu" .

Macam dugaan yang zuff alami sekarang ni memang zuff tak pernah bayangkan atau terfikir pun seumur hidup zuff untuk dapat dugaan yang sebesar sekarang ni .benda apa yang kita tak pernah bayangkan atau terfikir tu boleh jadi dengan sekelip mata je .

Korang mesti dah pernah baca post-post zuff yang sebelum ni pasal pneumonia tu kan ? now ,zuff nak cerita apa yang jadi kat zuff sebenarnya .hmm ,zuff actually tengah menghidapi sakit pneumonia ni dah sampai tahap stage ke tiga or keempat macam tu .kire dah agak teruk jugak la .sekarang doc cakap paru-paru zuff dah dijangkiti oleh nanah .cara terakhir untuk nanah tu berhenti merebak ,zuff kena buat pembedahan secepat mungkin .

Zuff sendiri sampai sekarang tak dapat terima hakikat yang zuff boleh jadi sampai tahap macam ni .zuff akan buat pembedahan tu minggu depan ,insyaallah hari rabu .harap korang doakan zuff selamat menjalani pembedahan tu nanti .sekiranya perkara sebaliknya yang terjadi ,zuff mintak maaf kat korang semua dari hujung rambut sampai hujung kaki kalau zuff ada buat salah ngan korang .supaya hidup zuff tenang di dunia sana :') kat sini zuff nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada sesiapa yang bagi support kat zuff selama ni.thanks sangat-sangat :')




New Song For Her .

Assalamualaikum korang semua ? sehat ? alhamdulillah la kalau korang sehat :) zuff tumpang gembira .kalau zuff pulak ,tak brape nak sehat la .demam sikit .lagipun dua hari tak makan .minum air je .tu pun sikit je .hehe .bukan sengaja tak nak makan tapi tak boleh nak makan sebab tekak dah luka teruk sebab batuk teruk sangat .haha ,ok lah .lupakan je .tak penting pun :)

oke guys ,lupa plak nk cakap pasal tajuk kita arini .actually zuff ada buat lagu untuk someone special dalam hidup zuff .i really really love her :) so i make this song for her .lagu ni original .takde ciplak dari mana-mana tau .lirik ni sebenarnya dah ada lama ,cuma melodi and rentak bagai semua tu yang tkde .so ,zuff mintak tolong along ( my bro ) bagi ada dia punya rentak semua bagai .so akhirnya siap jugak .tajuk lagu ni THUNDER STRONG .jadi zuff dah record ,and zuff nyanyi sendiri tau tau .hahaha .bukan senang nak dengar muhd zuffry halim nyanyi xD kalau tak sedap jangan kutuk tau .haha 





hope korang enjoy la dengar ape yang zuff nyanyi .suara zuff tak seberapa .tapi lagu ni versi rock-rock skit tau .hahaha .zuff mana main jiwang-jiwang ni .hehe .masa nyanyi lagu ni ,zuff tengah tak sehat .bru lepas ade suara je pun .so dah alang-alang ada suara nyanyi je la terus .lepastu record than buat video ,tp sorry la video tu buruk skit sebab tak reti buat .haha .okay lah ,tu je nak share .kbye :)

Bila Aku Tiada

Assalamualaikum ~


kembali lagi bersama zuff pada hari ini :) hm hari ni zuff bosan .tak tau nak tulis apa .so zuff rasa nak bagi pesanan kat seseorang yang zuff sayang sangat-sangat .harap dia baca entri ni :)



Bila I takde nanti ,
I nak you teruskan hidup you ..
Bila I takde nanti ,
I tak nak you sedih ..
Bila I takde nanti ,
I tak nak lost contact dengan you ..
Bila I takde nanti ,
I nak you jaga diri you elok-2 ..
Bila I takde nanti ,
I tak nak you lupakan I ..
Bila I takde nanti ,
I nak you ceria selalu ..
Bila I takde nanti ,
I tak nak you lupakan I ..sebab I akan selalu ingat you ..
tapi ...
BILA I SUDAH TAKDE LAGI ,
I nak you redha dengan ketentuan-NYA ..
I nak you sedekahkan AL-FATIHAH untuk I bila you rindu I ..
I nak you tabah !

Itu je yang zuff nak pesan ,
terima kasih :)


Sakit ?

Walaweyh rindu siot nak update blog ,tapi apa kan daya zuff sering busy di kala ini .haha ,ayat tak boleh blah kan ? :P setelah sekian lama blog ni kosong tanpa cerita .Akhirnya di isi dengan cerita-2 hangat ..copp ! hangat ke ? haha :P ayuh kita tengok tajuk kita hari ini yang dikatakan hangat itu .haha .hmm ,tajuk kita hari ini adalah sakit ? siapa sakit ? sakit apa ? macam mana boleh sakit ? 

JENG JENG JENG ! 

korang pernah dengar sakit PNEUMONIA ? dalam bahasa melayu nya RADANG PARU-2 .kalau tak tau jugak pergi search google la .haha .penyakit ni bukan nya penyakit berjangkit tapi akibat diri sendiri yang tak pandai jaga kesihatan .contohnya merokok .siapa yang terkena penyakit ni memang amat terseksa .setiap hari batuk tanpa henti ,sakit dada ,sakit kepala ,kurang selera makan .kadang-kadang masa batuk tu rasa macam jantung ni nak terkeluar je .kalau nak tahan sakit tu memang sampai berpeluh-2 .memang pedih yang amat sangat-2 .cuma Allah dan orang yang menghidap penyakit ni je yang tau macam mana azabnya .

mesti korang tertanya ,kenapa zuff ni cakap macam berpengalaman je ? actually memang pun .haha .first time dapat tau pasal zuff kena penyakit ni memang rasa terkejut ,sedih and menyesal .lepas balik je dari hospital ,terus search internet cari pasal sakit tu .zuff ingat selama ni sakit biasa je ,tapi lama-2 rasa makin teruk plak .dengan nasihat dari orang-2 sekeliling ,zuff pergi jugak hospital .actually zuff tak nak pergi hospital ada dua sebab ,first sebab zuff fobia ,second sebab zuff tak nak dapat ubat .haha .yela ,kalau pergi hospital mesti la dapat ubat then kena makan ubat tu .memang tak la kan ? ubat dah la tak sedap .kalau ubat tu rasa macam nasi pattaya ke ,tomyam ke takpe la jugak .haha

zuff menyesal sebab merokok .dulu zuff memang penghisap rokok yang tegar .pastu dapat girlfriend yang tak suka orang merokok ,so zuff pun tak merokok dah la .lebih kurang 9 or 8 bulan zuff dah stop smoke .and zuff sangat berterima kasih dekat dia sebab suruh zuff stop rokok dulu .kalau tak rasanya zuff kena lagi banyak penyakit. sekarang baru zuff tau and rasa effect dari merokok tu .so kat sini zuff nasihat kan korang semua jangan start hisap rokok and siapa yang dah merokok please stop cepat-2 .

hari ni ,zuff ade appoiment dengan doktor ,sebab nak tengok hasil x-ray hari tu .and mybe kena buat terapi .rasanya kalau zuff bertambah teruk lagi ,zuff kena tahan dekat wad .grr ! tak suka la .nanti mesti knea makan ubat ikot time -.-

oke lah ,sampai sini je la kot zuff nak share .kebas dah jari zuff menaip ni .haha .zuff kat sini nak minta maaf kalau zuff ada buat salah kat korang .zuff tau mesti banyak kan ? no body perfect .zuff hanya memerlukan kemaafan dari korang je .zuff takut tak sempat minta tiba-2 dah K.O macam mana ? ajal maut di tangan tuhan .zuff harap korang doakan zuff yang terbaik .and please jangan risau pasal zuff sangat tau ,relax beb .i'm okay .zuff kan kuat ! yeah ! hahaha .btw ,thanks pada siapa-2 yang ambil berat pasal zuff .zuff takkan lupa kan korang :') oke la nak zuff nak choww dah .bye .assalamualaikum .

*iringi nama ku dalam doa mu*


Give Up ? no way !

assalamualaikum ~

fulamak ,dah lamanya tak update blog .sumpah rindu gila .bukan zuff tak nak update cuma takde masa la. busy.  sekarang busy study ,tusyen ,training blablabla ..bosan dengar -.- actually sekarang nak lepas kan geram boleh tak ? haha. sebenarnya macam ni ,tadi zuff ada training basketball .sekali lengan zuff ni injured sebab ada budak main kasar .then tangan pun rasa semacam .pastu pegi la klinik .doktor cakap tisu otot bahu zuff ni dah terkoyak banyak -.- what the f*** ! pastu coach team basketball zuff ,kata zuff tak boleh main .then ,gaduh ngan coach .hahaha .hm ,rasa geram ,sedih ,kecewa pun ada ,haish .ni dah la tahun akhir sekolah .ingat boleh la wakil sekolah ,tp haramm tk dapat main -.- penat je training bukan main bertungkus-lumus bagai. susahnya nak terima hakikat ni. untuk pecah rekod sendiri dah terbantut. gf zuff cakap mybe tkde rezeki .mybe betul la kot ape dia cakap .hope cepat la bahu ni sembuh .amin ~

Birthday Boy

oit oit ,alhamdulillah hari ini genap zuff umur 17 tahun .terima kasih ya Allah kerana memberi pelunag zuff untuk terus hidup .and thanks for my mom because sudi melahirkan zuff ,jaga zuff and bagi zuff kasih sayang :) thanks jugak for my special girlfriend ,and kawan-kawan yg wish untuk zuff .today ,agak happy jugak la and teruja actually because my mom hadiahkan zuff gitar beb >.< sumpah best ! gitar yang zuff kumpul duit selama ni untuk beli gitar idaman .hahaha .now dah ada gitar tu ,duit yg zuff dah kumpul beli bnde lain plak la xP nanti nak tuntut hadiah kat along plak .hehe .pastu tadi kan ,ade member zuff blanje ais krim for the first time die kluar duit untuk zuff .ohh beb ,terharu siot :') hahaha .ingat ais krim je ,skali ade kek skali tau .lagi tersentuh jiwa ! hahaha .baru je kenal diorang ,tp dah bagi macam-macam .so ,cool beb ! aku hargai sangat ^^ arini dapat free call ,tp tak call orang sgt .ingat nak call someone special tp die busy ,die ade kem kat sekolah .mybe takde rezeki kot .haaaa ,rindu die sangat-sangat :') oke lah ,thats all for today .bye :)




sumpah aiskrim ni memang sedap :')

thanks for this cake ,saya amat hargainya :)

Konsert Avenged Sevenfold

assalamualaikum ~

hari yang happy untuk zuff hari ini ^^ tadi along zuff call ,dia kata dia dah belikan tiket konsert Avenged Sevenfold ! sumpah happy gila ,than dia siap hantar pic tiket tu sebagai bukti yang dia dah beli .punya excited la tengok .hahaha .melompat la apa lagi .favourite band nak datang KL siapa je tak teruja kan ? haha .tambah-2 lagi along belanja tiket tu .ingat senang ke along nak keluar untuk adeq dia yang sorang ni .love you along ! err ,geli la pulak cakap camtu -.- haha . tapi along beli yang rock zone je ,tu pon dah kira bersyukur .tak kira la harga tiket tu berapa ,janji dapat tengok sudah xD okay Avenged Sevenfold wait for me ~ arggh ! tak sabarnya xD



Avenged Sevenfold VS August Burns Red
zuff punya yang atas tu >.<

Untitled ~

hello to readers :) sehat ? alhamdulillah kalau sehat .klu tak tu ,pegi la rest tp lpas bace blog ni la ek ? hahaha xD utk arini kite tkde tajuk .so ,zuff akan tulis ikut suke hati :) korang tau sifat ingin tahu ni ade buruk and baiknye .yang baiknye klu dalam pelajaran la ,tp ia akan jadi buruk bile kite ingin tahu sesuatu tu pasal orang .so ,ia akan bertukar kepada perkataan menyibuk -.- betol kan ? itu la yang terjadi pada diri zuff .sifat ingin tahu ni memang tinggi dalam diri zuff ,sampai sanggup psycho orang .hahaha ,scary kan ? and bile zuff dah dapat tau pasl sesuatu tu ,zuff akan share dekat orang ,tp bukan semua la nak share , bergantung jugak la pade keadaan .tapi sekarang zuff sedar ,bukan sume benda kite boleh share ,better kite biar orang lain tau pasl sesuatu tu daripada tuan badan sendri and bukannya dari mulut orang lain .bile kite dengar dari mulut orang lain ,akan terjadinya satu salah faham antara satu sama lain .so ,sekarang zuff tak nak share ape-2 dah dengan orang and tak nak tau pasl ape-2 pasal orang tp nak lebihkan sifat ingin tahu tu dalam pelajaran je :) baik kan ? xP baik la sangat ! semua manusia pernah buat silap ,termasuk jugak zuff .zuff bukan la baik sangat pon .biase je ,so zuff akan cube memperbaiki kesilapan diri zuff .kalau zuff buat salah ,please tegur .sekian ~


Addicted With ....

I'm addicted with .... ?? emm ,ape ek ? haha .zuff setiap hari memang kena makn bnde ni .kalau nak pergi mane-mane memang wajib bawk bnde ni .dalam beg sekurang-2 nye mesti ade 2 pek :) sebelum tidor ,kena makan .klu tak makan memang tak boleh uh ! dah mmng jadi tabiat makn bnde ni ~ korang teka la ape bndenye ? xP kalau rindu ,marah ,sedih memang zuff akan mkn bnde ni .bnde ni la yang memang boleh buat zuff sangat tenang selain main gitar :) mesti tertanya ape bnde kan ? haha .tgk la pic bwh ni ;D


NIPS la yang menjadi pujaan hatiku selamanya :') I'm Addicted With Nips ! yeah ! NIPS forever to me ~ hahaha .saya lah mat sepet yg gile kan nips ni .tak kesah la harga die brape pon ,tp zuff sanggup beli sebab nips ni memang boleh menenangkan ,memuaskan zuff ! hahaha .* scary gile perkataan memuaskan tu -.- hahaha .oke lah .bye :)

Oh My Adeq :)


hey hey ,nampak itu amoi sebelah zuff kat pic atas ni ? of course la kan .haha .sape tak nampak bute xP .oke ,nme die Wenjing Neo :) baru umur15 tahun je pon .die same skolah ngan zuff ,and die la adeq angkat zuff yang pertama berbangsa cina .cool right ? xD tp bile nak ckap ngan die kena speaking english la beb ,klu tak pon kena pandai cakap bahasa cina .zuff bab-bab speaking ni kureng skit ,tp boleh la jugak sikit-sikit .hahaha .die seorang yang baek ,manje :) best la dapt adeq mcm die .tapi adeq angkat zuff yang lain pon zuff sayang jugak .kaseh sayang takkan berbelah bagi ,sume same rate *cewah xD persamaan kitorg mata sepet ! cbe tgk pic kat ats tu ,bukn tak main kecik la mte die .hahaha .btw ,yang penting jgn nak menyombong dengan abg oke ? kalau tak , abg pon nk menyombong gak la tau :) oke lah ,smpai sini je nak story ,dah ade orang bebel plak -.- rimas betol .haha ,kbye ^^

Terharu :')


hey ,nmpak ape kat atas tu ?  dah bace ? hahaha .neddy kate aku handsome :') terharu beb ! bukan senang nak dapat pujian dari orang yg hot macam die .zuff mne ade handsome la ,die je salah pandang ckp zuff handsome .klu tgk pic fb dgn real mmg byk beza .so kesimpulannye zuff tak handsome :) btw ,die adalah owner group Neddy Nabila's Family :) tp sekarang ,group tu dah kena hack -.- mangkuk ayun betol sape yg hack ! dah la group tu awesome giler ,ramai yg sporting .tp sekarang dah tubuhkan group baru nme The Awesome Family .sumpah best kawan dgn diorg :) hope dapat jumpe korang kat luar ^^

A Thousand Years

di saat kebosanan dan kerinduan yang terlampau telah terjadinya hasil sebuah seni yang tak berapa nak cantek sewaktu di dalam kelas BI :) terbayang-bayang kan die sampai tertembus papan putih kat depan .hahaha .sampai muka cegu pon nampak muke die .ish-3 ,dasyat sangat kan penangan rindu ni ? haha ,korang nak tengok  hasil seni yang tak cantek tp sangat mendalam maksudnya ? tengk la kat bawah ni :)

                                                  korang ade macam ni ? takde kan ? hahaha.
                                          ni khas utk die je .sekali sekala nk jiwang ape salahnya :)

New Hair

hello friends ,agak lamenye sbnrnye tk update blog ni ..busy la katekan ..hehe ..macam PM pulak nk busy-2 bagai ..hahaha ..oke ,kembali kpada topik kita arini ---> new hair :) semalam zuff ade call someone ,than die cakap zuff akan lebih handsome kalau berambut hitam ..haha ,namapk benor nipunye awok nie ..sebelm ni zuff warna kn rambut jadi perang ..actually mmg nak tukr balik rmbt wrna hitam tp tkde mase nak pegi kedai ..so ,pagi tadi dgn rajennye pegi kdai rambut :) kalau tk tukar jgk mesti mama zuff membebel and blablabla ,hahaha ..malas zuff nak dengar xP goodbye rmbut perang :'( jumpe lagi nnti ..hahaha ..

                                           kenangan sewaktu rambut perang :'( bye bye ..

Yippie!

Okay hi guys! harini zuff nak cakap yang zuff dah edit blog tapi ter amat simple sebab zuff tak suka sarat sangat nanti jadi buruk. hope korang enjoy eh? zuff penat gila nih. okay lah sorry for the short post ! bye, i miss you :')

gambar? tak ada motif. hihi. i miss my ex gf :(

Tiada Jodoh Antara Kita

there may be a blessing to its
we are not together
if can be forwarded
whether the inference
that is greeting you
from the start


strong ,which tied
there's no escape
if through again
not as strong as first
just because i interesting
not your hands 


not to hide
to ourselves
while the feelings often disrupt
only thing that need
we both have to work it out ....


at birth ,no one can predict
there are girls 
that are different from others


but my mind often said
though there limitations


despite nothing left
our love's just a thin grass
i still believe ,and my prayer
will be answer
lead me to a better place
later in time ....




*ni lirik lagu ,tp tajuk die melayu :) hahaha

Ruang

Adakah aku masih wujud dalam hatimu ?
Atau aku terus lenyap , hilang di matamu ?
Saban hari aku menunggumu , terus tertunggu ..
Mencari mimpi indah di rembulan ..
Tapi ...semalam dan esok masih misteri ..
Tertanya aku disudut sepi , sendiri ..
Adakah kau akan hadir untukku ?


*jiwang kan ? haha..copy paste je pon..
  tu pon sebb ade orang bgi :)