Dugaan Allah .

Assalamualaikum ..

Setelah sekian lama tak update blog ,kini Zuffry Halim kembali lagi dengan serba sedikit cerita dari kisah hidup zuff sendiri. hahaha .takde la cerita menarik sangat pun ,biasa-biasa je .cuma nak luahkan apa yang zuff rasa je .nak luahkan kat orang tak sampai hati nak cakap .jadi ,kat sini la tempat luahan hati zuff :)


Kalau nak cerita pasal dugaan ,memang banyak ,semua orang mesti tau apa tu dugaan ,cabaran hidup kan ? kita perlu kuat untuk hadapai setiap dugaan yang diberi oleh Allah .korang mesti pernah dengar kata-kata ni "Allah takkan bagi dugaan dekat kita kalau kita tak mampu" .

Macam dugaan yang zuff alami sekarang ni memang zuff tak pernah bayangkan atau terfikir pun seumur hidup zuff untuk dapat dugaan yang sebesar sekarang ni .benda apa yang kita tak pernah bayangkan atau terfikir tu boleh jadi dengan sekelip mata je .

Korang mesti dah pernah baca post-post zuff yang sebelum ni pasal pneumonia tu kan ? now ,zuff nak cerita apa yang jadi kat zuff sebenarnya .hmm ,zuff actually tengah menghidapi sakit pneumonia ni dah sampai tahap stage ke tiga or keempat macam tu .kire dah agak teruk jugak la .sekarang doc cakap paru-paru zuff dah dijangkiti oleh nanah .cara terakhir untuk nanah tu berhenti merebak ,zuff kena buat pembedahan secepat mungkin .

Zuff sendiri sampai sekarang tak dapat terima hakikat yang zuff boleh jadi sampai tahap macam ni .zuff akan buat pembedahan tu minggu depan ,insyaallah hari rabu .harap korang doakan zuff selamat menjalani pembedahan tu nanti .sekiranya perkara sebaliknya yang terjadi ,zuff mintak maaf kat korang semua dari hujung rambut sampai hujung kaki kalau zuff ada buat salah ngan korang .supaya hidup zuff tenang di dunia sana :') kat sini zuff nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada sesiapa yang bagi support kat zuff selama ni.thanks sangat-sangat :')